Ad

Monday 1 December 2014

Separuh akhir kekal di Stadium Shah Alam



01 Disember 2014 4:21 PM
 KUALA LUMPUR 1 Dis. - Perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF kekal diadakan di Stadium Shah Alam, Ahad ini, tetapi jika Malaysia berjaya melayakkan diri ke final venue mungkin dipindahkan ke Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Skuad Harimau Malaya akan menerima kunjungan Vietnam hujung minggu ini, sebelum bertandang ke Hanoi pada 11 Disember untuk aksi separuh akhir kedua. Pemenang akan ditentukan secara agregat.

Sementara itu, tiket untuk perlawanan Ahad ini akan mula dijual secara atas talian esok, manakala jualan tiket di Stadium Shah Alam pula dibuka pada Jumaat dan Sabtu.

“Sekiranya masih terdapat baki tiket pada hari perlawanan, ia akan dijual sebelum saingan bermula. Tiket berharga RM40 untuk dewasa dan RM10 kanak-kanak,” kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin dalam sidang akhbar di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/separuh-akhir-kekal-di-stadium-shah-alam-1.31439#sthash.86Z1C8wB.dpuf

No comments:

Post a Comment