OLEH YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my
INDRA dilaporkan akan kembali
menyertai Kelantan dalam saingan Liga Super musim depan.
PEMAIN sayap berpengalaman,
Indra Putra Mahayuddin dikhabarkan akan kembali ke pangkuan Kelantan musim
hadapan selepas menabur bakti bersama Felda United tahunini.
Sumber rapat dengan pemain
berkenaan mendedahkan, tonggak Harimau Malaya itu dijangka mengadakan pertemuan
dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa di
salah sebuah hotel di Petaling Jaya hari ini.
“Pertemuan dengan (Tan Sri)
Annuar itu dijangka membincangkan secara lebih terperinci berkaitan dengan
tawaran yang diberikan oleh KAFA kepada Indra.
“Tetapi seecara lisannya, Indra
dilaporkan telah bersetuju untuk kembali semula ke pangkuan The Red Warriors
musim hadapan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kota Bharu semalam.
Spekulasi berhubung pemain
berusia 33 tahun itu kembali ke Kelantan bertiup kencang di laman sosial
facebook penyokong tegar Kelantan yang memperkatakan beliau akan menabur bakti
bersama The Red Warriors musim 2015.
Indra merupakan salah seorang
tonggak yang membantu Kelantan menjulang gelaran trebel pada musim 2012.
Akhabar tempatan sebelum ini
melaporkan, rakan sepasuknya Nor Farhan Muhamad atau Ben10 mengakui mahu
bergandingan semula dengan Indra dan Mohd. Badhri Radzi yang dianggap paling
serasi dan digeruni lawan ketika membantu Kelantan mengecapi kejuaraan trebel
pada musim 2012.
Jelasnya, jika benar Indra
kembali menyer–tai Kelantan musim de–pan, ia merupakan satu bonus buat peminat
dan juga pasukan.
Pencapaian terbaik Indra musim
ini ialah membantu Felda United mara ke perlawanan akhir Piala FA namun tumpas
1-2 ditangan Pahang.
Sumber-
Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1203&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3KnqFydNSHakcipta
terpelihara
No comments:
Post a Comment