SKUAD Vietnam tiba di KLIA
semalam bagi menghadapi Harimau Malaya pada aksi separuh akhir pertama Piala
AFF Suzuki di Stadium Shah Alam pada Ahad ini
DOLLAH Salleh sudah mengenal
pasti kekuatan Vietnam. Tiga pemain pasukan lawan iaitu Nguyen Van Quyet, Ngo
Hoang Thinh dan Pham Thanh Luong wajar diberi perhatian. Mereka bijak dan
pantas mencuri peluang dan pergerakan mereka harus dikunci oleh barisan pemain
Harimau Malaya.
“Saya mendapat maklumat
tersebut daripada Datuk Ong Kim Swee (jurulatih Harimau Muda) mengenai kekuatan
pasukan Vietnam dan kami harus bersedia daripada semua aspek untuk mengekang
kemaraan mereka,” jelas jurulatih skuad Harimau Malaya itu semalam.
Kim Swee telah ditugaskan oleh
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memantau aksi pasukan Vietnam pada
saingan peringkat Kumpulan A di Hanoi minggu lalu dan daripada maklumat itu, ia
sekurang-kurangnya dapat membantu Harimau Malaya membuat persiapan menjelang
aksi separuh akhir pertama kempen Piala AFF Suzuki 2014 dengan Vietnam di
Stadium Shah Alam pada Ahad ini.
“Tiga pemain tersebut dikatakan
sangat bahaya dan kami tidak boleh leka selain mematikan langkah mereka,”
jelasnya.
Mengimbas rekod pertemuan
Malaysia dengan Vietnam dalam kejohanan ini, mereka sudah membuat perhitungan
sebanyak tujuh kali sejak ia diperkenalkan pada tahun 1996.
Daripada tujuh pertemuan itu,
Malaysia mencatat kemenangan sebanyak dua kali manakala Vietnam menang tiga
kali selain mencatat keputusan seri sebanyak dua kali.
Dalam perkembangan lain, Dollah
masih belum mendapat bayangan siapa yang bakal mengambil alih tugas Amri Yahyah
dan Shukor Adan dalam kesebelasan utama tetapi difahamkan, calon pilihan ketika
ini ialah S. Kunanlan dan Fadhli Shas. Shukor dan Amri terpaksa melupakan aksi
separuh akhir pertama ini kerana menjalani penggantungan satu perlawanan akibat
menerima dua kad kuning.
SUMBER-
Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1204&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3KsfJ1tQhHakcipta
terpelihara
No comments:
Post a Comment