Rantai pergerakan Vietnam
Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my
DOLLAH kini gigih memberi
tumpuan terhadap strategi untuk mematikan rentak permainan Vietnam.
JURULATIH Harimau Malaya,
Dollah Salleh sudah mendapat maklumat mengenai kekuatan skuad Vietnam yang
bakal menjadi lawan mereka pada aksi separuh akhir pertama kempen Piala AFF
Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam pada Ahad ini.
Menurut Dollah, tiga pemain pasukan
lawan iaitu Nguyen Van Quyet, Ngo Hoang Thanh dan Pham Thanh Luong wajar diberi
perhatian kerana mereka bijak dan pantas menyambar peluang.
Jika dibiarkan bebas, tiga
pemain tersebut mampu memusnahkan impian Harimau Malaya.
Menyedari kekuatan tersebut,
Dollah sudah bersedia dari segala aspek untuk memastikan kelibat tiga pemain
dimatikan.
Dollah mendapat maklumat
tersebut daripada jurulatih harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee yang ditugaskan
oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia memantau gaya permainan Vietnam pada aksi
peringkat Kumpulan A di Hanoi minggu lalu.
“Saya mendapat makluman
tersebut daripada Kim Swee dan sekurang-kurangnya ia membantu kami membuat
persiapan sewajarnya menjelang aksi separuh akhir di Stadium Shah Alam pada
Ahad ini.
‘Buat masa ini, latihan kami
berjalan seperti biasa dan tumpuan ada untuk merangka strategi bagaimana untuk
menyaingi rentak permainan Vietnam yang mengamalkan corak pantas dan hantaran
pendek.
“Di samping itu juga, kita
telah kenalpasti beberapa pemain Vietnam yang boleh dikatakan bahaya antaranya.
Selepas saya mendapat maklumat daripada Kim Swee, kita akan cuba cari jalan
bagaimana untuk menyekat pemain-pemain ini tetapi kita bermain di tempat
sendiri dan harus memikirkan juga untuk mendapatkan sekurang-kurang dua atau
tiga gol awal,” katanya.
Bagi melonjakkan lagi semangat
para pemain Harimau Malaya pada perlawanan itu nanti, Dollah berharap agar para
penyokong tampil membanjiri Stadium Shah Alam bagi memberikan sokongan padu
kepada skuad negara.
Dollah berpendapat bahawa
dengan sokongan padu daripada para penyokong, skuad kendaliannya pasti akan
lebih bersemangat untuk mencari bekalan jaringan selesa sebelum bertandang ke
Stadium Nasional My Dinh di Hanoi pada 11 Disember nanti.
Katanya lagi, beliau tidak
mengambil kisah mengenai kritikan daripada peminat-peminat sebelum ini yang
mengganggap skuad negara dilihat tidak berpeluang untuk melepasi saingan
peringkat Kumpulan B di Singapura minggu lalu.
“(Kritikan) sudah menjadi
lumrah dalam bola sepak. Apapun, saya masih percaya dengan keupayaan anak-anak
buah saya.
“Saya akui ada segelintir
pemain cepat melenting dengan setiap kritikan daripada para peminat tetapi bagi
saya, mereka seharusnya mencontohi Safiq Rahim yang tidak ambil peduli setiap
kritikan, malah kritikan itu membantu Safiq untuk tampil dengan aksi yang lebih
bertenaga.
“Kali ini, kami perlukan
sokongan daripada para penyokong,” tegas Dollah.
SUMBER-
Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1204&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3KspKOVf7Hakcipta
terpelihara
No comments:
Post a Comment