04 Disember 2014 7:42 PM
BANGKOK 4 Dis. - Thailand tiba
di Manila hari ini bersama keyakinan mampu membawa pulang kemenangan apabila
menentang Filipina dalam separuh akhir pertama Piala AFF, Sabtu ini.
Jurulatih skuad Gajah Putih,
Kiatisak Senamuang berkata, keyakinan tersebut adalah selepas melihat
pasukannya hadir tanpa sebarang masalah kecederaan, selain sudah dipersiapkan
sepenuhnya untuk perlawanan itu.
“Kami sudah bersedia untuk
perlawanan separuh akhir.
“Kami tidak berdepan masalah
kecederaan menjelang perlawanan di Stadium Rizal Memorial, Manila.
“Walaupun perlawanan akan
diadakan di padang tiruan, ia tidak menjadi masalah buat kami kerana kami
mengharungi dua perlawanan di padang yang sama pada peringkat kumpulan di
Singapura.
“Thailand turun dengan misi
mencari kemenangan untuk memudahkan tugas kami apabila menerima kunjungan lawan
dalam aksi timbal balik di Bangkok,” kata Kiatisak yang dipetik akhbar Bangkok
Post. - AGENSI
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/thailand-yakin-benam-filipina-1.32630#sthash.W42fsSZv.dpuf
No comments:
Post a Comment