Pemain terlibat sudah
dimaklumkan lebih awal
YATIMIN ABDULLAH | 05
Disember 2014 12:52 AM
KOTA BHARU - tiga pemain yang
dikatakan digantung tidak bertali masih mempunyai kontrak Persatuan Bola Sepak
Kelantan (KAFA), namun atas persetujuan bersama kesemua mereka bebas untuk
mencari pasukan baharu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim
hadapan.
Sumber dalaman KAFA berkata,
isu tersebut tidak sepatutnya timbul kerana kedua-dua pihak terikat dengan
klausa kontrak sehinggalah diputuskan atas persetujuan bersama.
“Jadi tidak timbul soal pemain
digantung tidak bertali. Kalau ada pasukan yang berminat kami pasti akan
melepaskan mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.
Beliau berkata demikian ketika
diminta mengulas mengenai tiga pemain yang mewakili sebuah pasukan terkenal
dari Pantai Timur yang digantung tidak bertali apabila nama mereka tiada dalam
perancangan pasukan tersebut bagi menghadapi musim 2015 walaupun masih
mempunyai baki kontrak setahun.
Malah, kesemua pemain itu
dikatakan langsung tidak dipanggil oleh pihak pengurusan untuk berbincang
mengenai status sebenar mereka sedangkan tarikh tutup pendaftaran pemain musim
depan berakhir esok.
Tiga pemain berkenaan ialah
tonggak pertahanan Muhammad Abdul Aziz Ismail, pemain tengah Mohd. Famirul
Asyraf Sayuti dan Muhammad Faiz Suhaimi. Tiga pemain itu dikatakan hanya
mengetahui nama mereka tiada dalam perancangan melalui senarai nama pemain
yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi persatuan bersama tiga pemain lain.
Sumber KAFA itu menambah, dua
daripada pemain berkenaan dikhabarkan telah mencuba nasib bersama pasukan
Melaka United, manakala seorang lagi ke Pahang.
Sementara itu, Setiausaha Agung
KAFA, Datuk Ismail Md. Noor berkata, ketiga-tiga pemain berkenaan sudah
dimaklumkan lebih awal bahawa nama mereka tiada dalam perancangan Kelantan
musim depan. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut.
- SUMBERt:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tiada-yang-digantung-tak-bertali-8211-kafa-1.32665#sthash.H52QMzfx.dpuf
No comments:
Post a Comment