Phoon Eyin begitu yakin ketika
memperagakan langkah pendekar dalam acara qiangshu di Stadium Tertutup Wunna
Theikdi, Nay Pyi Taw, semalam.
NAY PYI TAW - Namanya tidak
pernah disebut sebagai salah seorang prospek untuk meraih emas, namun tanpa
disangka, atlet pelapis wusyu muda negara, Phoon Eyin yang berjaya
menghadiahkan pingat emas ke-1,000 Sukan SEA buat Malaysia dalam acara qiangshu
wanita.
Kejayaan Phoon Eyin memberikan
kelegaan kepada kontinjen negara selepas harapan yang diletakkan kepada Huo Mun
Hua dan Diana Bong Siong Lin terkulai apabila kedua-duanya gagal mengaut emas
dalam acara masing-masing.
Beraksi dalam acara terakhir
wusyu pada hari ketiga, atlet yang baru sahaja selesai mengambil Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) itu membuat kejutan apabila berjaya mengalahkan
beberapa peserta pilihan dari Vietnam dan Indonesia.
Turun sebagai peserta pertama
membuat persembahan bersenjatakan tombak ini, pungutan 9.67 mata yang dilakukan
oleh gadis manis dari Seremban ini gagal dipintas oleh Duong Thuy Vi dari
Vietnam yang sekadar mengutip 9.59 mata.
Seorang lagi pencabarnya,
Lovita Thalia Sosrodjojo dari Indonesia hanya mampu melakukan 9.40 mata sekali
gus memberikan emas menjadi milik Malaysia.
Phoon Eyin yang ditemui
berkata, dia sebenarnya hanya mahu mendapatkan pengalaman kerana ini merupakan
kali pertama dia menyertai Sukan SEA.
''Tujuan saya sertai Sukan SEA
bukan mahu dapatkan apa-apa, sekadar mahu dapatkan pengalaman kerana saya masih
baru lagi bersaing di peringkat tertinggi.
''Sebelum saya membuat
persembahan tadi, tiada tekanan dirasai oleh saya walaupun tahu (Diana dan Mun
Hua) gagal mendapatkan emas.
RUJUKAN:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131210/su_01/Pingat-emas-ke-1000#ixzz2n1VfbKsm
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment