NAJIB Tun
Razak bersama Muhyiddin Yassin menerima kereta Proton Perdana baharu untuk
kenderaan rasmi kerajaan di lobi Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.
Turut kelihatan Mohd. Khamil Jamil (kanan). - BERNAMA
PUTRAJAYA 11
Dis - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Proton
Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan.
Proton
Perdana berwajah baharu itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4
L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.
Dua unit
edisi khas Proton Perdana berwajah baharu turut dikeluarkan untuk Najib dan
Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam majlis
itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W 11 N.
Turut hadir
Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil dan menteri-menteri
Kabinet.
Sebanyak 200
unit pertama Proton Perdana baharu akan diserahkan kepada kerajaan setiap
bulan. - BERNAMA
RUJUKAN:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131212/dn_02/Versi-baharu-Perdana-dilancar#ixzz2nC2lucun
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment