Ad

Sunday, 1 December 2013

Gol Rooney selamatkan United

ROONEY (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Danny Welbeck ketika menentang Spurs di White Hart Lane malam tadi.

LONDON - Wayne Rooney menyelamatkan maruah Manchester United apabila meledak dua gol, sekali gus meneruskan rekod tanpa kalah The Red Devils dalam 12 perlawanan ketika seri 2-2 menentang Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana England di White Hart Lane malam tadi.

Spurs yang bertekad untuk bangkit daripada kekalahan memalukan 0-6 kepada Manchester City minggu lalu, membuka jaringan hasil sepakan percuma Kyle Walker pada minit ke-18.

Bagaimanapun, kesilapan pemain pertahanan itu menghadiahkan United gol penyamaan menerusi jaringan Rooney pada minit ke-32

Percubaan menarik daripada Sandro kembali meletakkan Spurs pada minit ke-54, namun tindakan terburu-buru penjaga gol tuan rumah, Hugo Lloris memberi peluang kepada Rooney menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti berselang tiga minit kemudian.

United kini kekal di tangga kelapan liga dengan 22 mata, sembilan mata mengejar pendahulu, Arsenal manakala Spurs satu mata di belakang skuad The Red Devils itu.

Pada aksi malam tadi, Spurs yang masih belum berjaya menewaskan United dalam 12 pertemuan di White Hart Lane sebelum ini, dilihat hampir melakukannya dengan cukup lebih bertenaga malam tadi.

United pula bernasib baik kerana pulang dengan satu mata, namun setelah seri 2-2 dengan Cardiff City pada aksi minggu lalu, keputusan itu menyaksikan skuad kendalian David Moyes sekali lagi terlepas peluang untuk berada di kelompok empat pasukan teratas.

"Kami mencatat kemenangan yang hebat (menewaskan Bayer Leverkusen 5-0 dalam Liga Juara-Juara) pada pertengahan minggu lalu.

"Namun, sebelum gol penyamaan Cardiff pada masa kecederaan, kamu pasti ingat United mengharungi minggu yang cemerlang.

"Apa pun, United perlu menang. Sebab itu... sehingga ke penghujung permainan, kami masih lagi cuba mendapatkan gol ketiga, namun gagal melakukannya," jelas Moyes.

United menurunkan semula kapten, Nemanja Vidic, namun mereka kehilangan khidmat penyerang berbisa, Robin van Persie yang cedera di pangkal paha. - Reuters

Rujukan:http://www.kosmo.com.my/kosmo online 2.12.13 

No comments:

Post a Comment