10 Disember 2013
Lee Chong Wei Lee Chong
Wei
KUALA LUMPUR - Jaguh
perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei mungkin menghadapi laluan getir dalam
usaha merampas kejuaraan Badminton Siri Super Akhir 2013 yang bermula di
Stadium Badminton Kuala Lumpur di sini esok.
Dalam undian di sini hari
ini, pemain nombor satu dunia itu disenaraikan dalam Kumpulan A bersama pemain
Denmark, Jan O Jorgensen, Wang Zhengming (China) dan pemain Thailand Boonsak
Ponsana.
Chong Wei, yang tiga kali
menjuarai kejohanan tersebut pada 2008, 2009 dan 2010, akan membuka kempen
dengan menentang Wang esok.
"Ini merupakan undian
sukar. Saya ingin menikmati keseronokan Siri Super Akhir ini kerana ia adalah
kejohanan terakhir tahun ini dan berharap saya tidak mengalami sebarang
kecederaan nanti," kata Chong Wei.
Chong Wei, 31, selaku
pilihan utama, berjaya merekodkan kejuaraan keenam sepanjang tahun ini iaitu
Terbuka Korea, Malaysia, India, Indonesia, Jepun dan Terbuka Hong Kong.
Dalam pada itu, pemain
pilihan kedua, Kenichi Tago dari Jepun disenaraikan dalam Kumpulan B bersama
dua wakil Indonesia, Tommy Sugiarto dan Sony Dwi Kuncoro serta pemain Hong
Kong, Hu Yun.
Dalam saingan beregu
lelaki, pasangan negara Hoon Thien How/Tan Wee Kiong bakal berdepan dengan
cabaran sengit dalam Kumpulan A yang terdiri daripada beregu Indonesia,
Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan, Lu Xioalong/Qiu Zihan (China)) dan beregu Korea
Selatan, Kim Ki Jung/Kim Sa Rang.
Hoon/Tan akan membuka
saingan dengan menentang Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan esok.
Dalam acara beregu
campuran, wakil negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying diundi dalam Kumpulan A
bersama pilihan utama Zhang Nan/Zhao Yunlei dari China, pasangan suami isteri
Chris Adcock/Gabrielle Adcock (England) dan pasangan Indonesia, Markis Kido/Pia
Zebadiah Bernadeth.
Chan/Goh akan memulakan
cabaran dengan menentang Chris/Gabrielle. - Bernama
RUJUKAN: SINAR HARIAN
ONLINE 10.12.2013
No comments:
Post a Comment