LONDON: Manchester United
meneruskan kemaraan melangkah ke separuh akhir Piala Liga apabila menundukkan
Stoke City 2-0 di Stadium Britannia, awal pagi tadi.
United membuka tirai jaringan
pada minit ke-62 menerusi pemain sayap kiri Asley Young yang merembat kencang
bola umpanan Javier Hernandez. United memperoleh gol kedua pada minit ke-78
melalui Patrice Evra selepas mendapat bola lorongan Young.
Permainan bagaimanapun
terganggu selepas cuaca buruk akibat hujan lebat sehingga pengadil terpaksa
menghentikan perlawanan pada setengah jam pertama sebelum disambung semula 20
minit kemudian.
No comments:
Post a Comment